Monday, January 7, 2013

---[ APDM & BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 ]---


Assalammualaikum.. Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua .. (^__^)

Maklumat terkini untuk guru kelas


ID : no I/C  guru
kata laluan : guru
tarikh tutup aplikasi : 15.01.2013

Semua guru kelas diminta mengemaskini bukan delete maklumat murid selewat2 nya pada 10 01 2013 untuk memudahkan rakan guru kelas 2013 yang lain.

Bagi guru yang menggantikan guru kelas sila letakkan no i/c guru yang sebenar (asal). Boleh dapatkan no i/c guru tersebut di pejabat.

Guru kelas bagi murid tahun 6 Bawah lengkapkan APDM mengikut senarai nama yang telah tuan/puan tetapkan


* Bantuan persekolahan RM100.00 

semua guru kelas hendaklah menyerahkan bilangan ibu/bapa yang akan hadir pada majlis tersebut kepada Pn Norazah pada 10.01.2013 sebelum pukul 10 pagi.

Bagi pelajar yang tinggal di asrama (tidak pulang) guru kelas bolehlah menghubungi ibu/bapa melalui panggilan telefon. (membuat catatan di buku panggilan telefon) untuk mendapatkan kepastian kehadiran mereka di majlis tersebut.

Aturcara majlis akan dimaklumkan kemudian

*Lain-lain Hal

Bagi kelas tahun 6 Bawah, satu surat rasmi akan dikeluarkan oleh pihak sekolah mengenai persetujuan ibu bapa mengenai keputusan menduduki peperiksaan UPSR 2013 (masih dalam perbincangan)

Buku jadual kedatangan boleh dilengkapkan pada 15.01.2013 dan dihantar ke pejabat sebelum/pada pukul 10.00 pagi.


Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah bolehlah berhubung terus dengan GPK HEM. 

---[ Selamat Kembali Bertugas ]---







Assalammualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia... (^__^)


Selamat kembali bertugas untuk semua guru guru dan juga selamat kembali bersekolah kepada semua murid-murid (^__~)

Dalam bulan pertama sudah tentunya semua guru sibuk dengan tugas-tugas rasmi terutamanya guru kelas.

Diharapkan kesibukan ini tidak melemahkan semangat semua guru di SK Pendidikan Khas Johor Bahru.

Bagi ibu/bapa/penjaga murid SK Pendidikan Khas Johor Bahru diharapkan dapat memberi kerjasama yang baik seperti tahun-tahun sebelumnya kepada pihak sekolah khasnya bagi unit Hal Ehwal Murid. 


Mari kita rehat minda seketika melalui permainan kembali ke sekolah "Permainan Kembali Ke Sekolah"

Saturday, August 11, 2012

berbuka puasa

Dimaklumkan bahawa hari berbuka puasa bersama pelajar asrama di tetapkan pada
hari : Isnin
masa : 6.30 petang- 9.30 mlm
kepada semua guru dan staf serta PIBG yang ingin turut serta sila hadir bersama-sama pada hari tersebut. Di alu-alukan membawa sedikit jamuan untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut..
sumbangan anda amatla dihargai dan di iringin ucapan terima kasih